1. Aku betul-betul kagum dengan Empayar Turki Uthmaniyah (Ottoman Empire) yang merupakan sebuah empayar yang diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul dari keturunan suku Qayi. Empayar ni banyak melahirkan tokoh-tokoh pemimpin yang hebat dalam dunia Islam dan salah satu dari mereka ialah Mehmed II @ Sultan Muhammad al Fatih yang berjaya menawan Constantinople.
2. Constatinople (Istanbul) ialah sebuah wilayah yang pada asalnya milik Empayar Rom Timur (Byzantine). Kota ini berbentuk 3 segi. dan memiliki asas binaan tembok yang kukuh. Jadi, ofkos, susah untuk tembusi tembok tu. Constatinople merupakan bandar terkaya di Eropah pada waktu tu.
3. Tapi, seteguh-teguh manapun tembok tu, Sultan Muhammad al Fatih berjaya tembusi tembok tu dengan mudah iaitu pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.Memang menakjubkan. Tahu tak kenapa baginda boleh berjaya? Baginda tidak pernah tinggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajud semenjak Baligh. That's why aku anggap Sultan Muhammad al Fatih merupakan tokoh Islam yang sangat hebat.
No comments:
Post a Comment